Skip to main content

Sukan Lain

Sukan Para ASEAN: Ketiadaan Kemboja tidak jejas sasaran pingat Malaysia

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

Jefri

Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Jefri Ngadirin, menegaskan ketiadaan Kemboja dalam Sukan Para ASEAN kali ini tidak menjejaskan sasaran Malaysia dalam perebutan jumlah 181 pingat keseluruhan.

"Kebanyakan pasukan telah menjalankan proses mesyuarat pengurusan mereka.

Advertisement

"Setakat ini dimaklumkan Majlis Paralimpik Malaysia (MPM), kita masih lagi kekal mencapai sasaran yang ditetapkan," katanya di Nadi Arena.

Pengarah Bahagian Para MSN, Shukri Harun, mengakui Malaysia dalam landasan terbaik bagi meraih sasaran jumlah keseluruhan yang ditetapkan itu.

Jelasnya, kehadiran atlet yang hadir awal memiliki jiwa besar dalam perjuangan merebut 55 pingat emas.

Temasya itu juga disifatkan sebagai pentas terbaik atlet membuktikan kemampuan sebenar sebelum menjelajah ke kejohanan tahap lebih tinggi.

"Kontinjen Malaysia hadir di sini telah membiasakan diri secepat mungkin.

"Kita mengharapkan semua atlet sedia beraksi. Diharap semua fokus dengan sasaran masing-masing," katanya kepada wartawan Astro Arena, Faizal Bazari.

Must Watch Video