Skip to main content

SUKMA

Sukma: Kontinjen Selangor di tahap persediaan terbaik

najwan

Kontinjen Selangor tampak sudah berada di tahap kesiapsiagaan tertinggi menjelang Sukan Malaysia (Sukma) 2026 pertengahan bulan depan.

Exco Belia, Sukan dan Keusahawanan Negeri Selangor, Mohd Najwan Halimi, berkata kesemua atlet kini berada dalam keadaan terbaik tanpa sebarang kecederaan, selain memaklumkan majlis pengenalan rasmi kontinjen Selangor akan diadakan dalam masa terdekat.

"Kami baru sahaja mengadakan mesyuarat Jawatankuasa Induk, yang dipengerusikan oleh Datuk Menteri Besar Selangor pada Jumaat lalu," katanya kepada wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam.

"Apa yang saya boleh sahkan, pada Ahad depan, kami akan memperkenalkan atlet kami dan meraikan mereka dalam Majlis Penyerahan Bendera kepada ketua kontinjen."

Terdahulu, Najwan menyempurnakan siri Jelajah Larian Obor Sukma dan Para Sukma Selangor 2026, yang singgah di Subang Jaya hari ini.

Subang Jaya menjadi destinasi kesembilan program berkenaan, yang turut dianjurkan bersempena Hari Tanpa Kenderaan Subang Jaya.

Larian obor sejauh 4.6 kilometer itu menarik penyertaan lebih seribu peserta daripada pelbagai latar belakang dalam usaha menyemarakkan kehangatan menjelang Sukma 2026.

 

Anda mungkin berminat dengan

New Balance 1000 - Grey

New Balance 1000 - Grey

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

Nike Men's Mercurial Vapor 17 Pro Firm-Ground Low-Top Soccer Cleats - Multi-Color [IO8225-900]

Nike Men's Mercurial Vapor 17 Pro Firm-Ground Low-Top Soccer Cleats - Multi-Color [IO8225-900]

adidas Football Argentina 26 Home Jersey Women White KA8125

adidas Football Argentina 26 Home Jersey Women White KA8125

adidas Football WORLD CUP OFFICIAL EMBLEM CAP Unisex Black KE7368

adidas Football WORLD CUP OFFICIAL EMBLEM CAP Unisex Black KE7368

Must Watch Video