Skip to main content

SUKMA

Sukma: Kontinjen Selangor hampir dimuktamadkan

j

Siri Jelajah Larian Obor Sukan Malaysia (Sukma) Ke-22 dan Para Sukma Selangor 2026 tiba ke destinasi ketiga iaitu Dataran Malawati, Kuala Selangor, dengan penglibatan lebih 1,000 peserta semalam.

Pelepasan peserta larian sepanjang 5 kilometer itu dirasmikan Exco Belia, Sukan dan Keusahawanan Negeri Selangor, Mohd Najwan Halimi, dengan yang Dipertua Majlis Perbandaran Kuala Selangor, Mohamad Hanafe Basri, menjadi Pembawa Obor pertama.

Acara yang berlangsung meriah didahului pelancaran lagu tema temasya berjudul 'Rentak Kita, Aksi Kita', nyanyian Azlan and The Typewriter bersama Balan Kash selain pengenalan maskot rasmi, Helang Putih, diberi nama Sakti dan Seri.

Dalam pada itu, Najwan turut memaklumkan perkembangan terkini persiapan keseluruhan venue yang kini memasuki fasa akhir selain sasaran 80 pingat emas diletakkan kepada kontinjen Selangor bagi kempen Sukma dan Para Sukma tahun ini bermula 15 Ogos depan.

"Venue penganjuran dalam keadaan yang sangat bersedia, (terbaru) projek naik taraf Pusat Akuatik Selangor akan disiapkan minggu ini.

"Terima kasih kepada PBT (pihak berkuasa tempatan) yang telah mengeluarkan peruntukkan untuk menaikkan kemudahan sukan sedia ada.

"Di peringkat MSN (majlis sukan negeri) pula akan memuktamadkan wakil kontinjen negeri Selangor," katanya. 
 

Anda mungkin berminat dengan

adidas Football Argentina 26 Home Pre Match Jersey Men White JY9530

adidas Football Argentina 26 Home Pre Match Jersey Men White JY9530

adidas Football Argentina 26 Away Jersey Men Black JM8395

adidas Football Argentina 26 Away Jersey Men Black JM8395

adidas Football Germany 26 Home Pre Match Jersey Men Black JZ4577

adidas Football Germany 26 Home Pre Match Jersey Men Black JZ4577

[NEW] PUMA Portugal Away Jersey Men

[NEW] PUMA Portugal Away Jersey Men

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

Must Watch Video