Skip to main content

Bola Sepak

Tak tahu juara atau tak, tapi kantoi Arsenal rancang tarikh perarakan piala

Arsenal

Bak kata orang utara Malaysia, 'rancang awal tak kalut'.

Walaupun belum diketahui sama ada bakal menjuarai Liga Perdana Inggeris (EPL) atau tidak, sumber antarabangsa berkongsi bahawa Arsenal telah menetapkan bahawa 31 Mei sebagai tarikh perarakan piala jika mereka bergelar juara.

Advertisement

Perancangan awal itu mendapat pelbagai reaksi daripada peminat bola sepak seluruh dunia.

Pelan itu dirancang bertujuan mengelakkan hari yang bertindih dengan panggilan skuad kebangsaan masing-masing menjelang Piala Dunia 2026 bulan hadapan.

The Gunners dalam landasan terbaik untuk merangkul dua kejuaraan musim ini.

Dengan perbezaan dua mata, skuad kendalian Mikel Arteta itu memiliki kelebihan selaku pendahulu menghalang Manchester City untuk merampas gelaran, sekali gus memenangi EPL buat kali pertama sejak 2003/04.

Dalam masa sama, Arsenal turut berhasil mara ke final Liga Juara-Juara Eropah (UCL) selepas menewaskan Atletico Madrid untuk bertemu gergasi Perancis, Paris Saint-Germain (PSG).

Adakah kita akan menyaksikan Arsenal berarak dengan dua piala?

 

Must Watch Video