Dua tonggak import Negeri Sembilan, Takumi Sasaki dan Jovan Motika, kekal bersama skuad Rusa untuk tempoh semusim lagi.
Perkembangan itu disahkan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Negeri Sembilan, Faliq Firdaus Muhammad Rom, tatkala sosok ketua jurulatih untuk musim depan akan diumumkan bulan depan.
Advertisement
Negeri Sembilan ketika ini diterajui pemangkunya, K. Rajan, yang dilantik bagi menggantikan Nidzam Jamil di pertengahan musim ini.
"Kami sudah mengikat beberapa pemain skuad B-23 yang bermain Sukan SEA dan akan diumumkan selepas tamat musim ini.
"Pemain import akan ditentukan ketua jurulatih baru tapi, Takumi Sasaki dan Jovan Motika sudah pun menandatangi kontrak baru," katanya kepada wartawan Astro Arena, Fadhirul Shuhaimi.