Skip to main content

Bola Sepak

Tamadun gila bola sepak? Bandar Paris bergolak jadi 'medan perang'

PSG

Polis Perancis mengerahkan ribuan pegawai untuk mengawal orang ramai di beberapa tempat tumpuan di bandar Paris, dengan menggunakan gas pemedih mata dan menahan hampir berpuluh peminat susulan kemenangan Paris Saint-Germain (PSG) dalam perlawanan akhir Liga Juara-Juara Eropah (UCL) awal pagi tadi. 

Rakaman yang disiarkan di saluran berita menunjukkan adegan ketegangan dan pertempuran kecil di sekitar stadium Parc de Princes, di mana lebih 40,000 orang menyaksikan kelab itu memenangi gelaran kedua berturut-turut di skrin gergasi.

Terbiasa dengan pertempuran ganas yang sering membayangi acara besar, Perancis telah mengerahkan 22,000 polis untuk mengekalkan ketenteraman di ibu negara. Tahun lalu, dua orang maut dan hampir 200 cedera selepas PSG memenangi UCL buat kali pertama.

Beberapa penyokong melepaskan bunga api dan menyalakan suar. Lebih memeranjatkan, sekumpulan penyokong turut merosakkan harta awam dan membakar kereta di jalanan. Tembakan mercun juga mencemari dianggap seperti normal, namun tetap membahayakan keselamatan orang awam.

Menjelang jam 11 malam waktu tempatan polis telah membuat lebih daripada 130 tangkapan.

Anda mungkin berminat dengan

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

[NEW] PUMA Portugal Away Jersey Men

[NEW] PUMA Portugal Away Jersey Men

adidas Football Argentina 26 Away Jersey Men Black JM8395

adidas Football Argentina 26 Away Jersey Men Black JM8395

adidas Football Germany 26 Home Pre Match Jersey Men Black JZ4577

adidas Football Germany 26 Home Pre Match Jersey Men Black JZ4577

adidas Football Argentina 26 Home Pre Match Jersey Men White JY9530

adidas Football Argentina 26 Home Pre Match Jersey Men White JY9530

Must Watch Video