Dua wakil negara bakal berentap dalam pusingan separuh akhir Kejohanan Badminton Terbuka Taiwan di di Taipei Arena 2, hari ini.
Beregu wanita nombor satu negara, Pearly Tan-M.Thinaah, yang merupakan pilihan Utama kejohanan berstatus Super 300 itu akan turun terlebih dahulu berdepan wakil Amerika Syarikat, Francesca Corbett-Jennie Gai.
Selepas itu, beregu lelaki, Aaron Chia-Aaron Tai, pula akan turun menentang wakil tuan rumah, Chen Cheng Kuan-Liu Kuang Heng.
Saksikan perjuangan wakil negara!
TERBUKA TAIWAN: INFO SIARAN LANGSUNG (LIVE STREAMING) DUA WAKIL NEGARA DI SEPARUH AKHIR
Tarikh: 1 Ogos 2026 (Ahad)
Saluran: Astro Badminton (815)
Masa: Bermula 12 tengah hari
Venue: Taipei Arena, Taipei City, Taiwan.
Anda juga boleh strim menerusi Astro Go atau Sooka dan maklumat terkini di Stadium Astro!