Gandingan wanita negara, Pearly Tan-M. Thinaah, menepati ramalan apabila mara ke final Terbuka Taiwan selepas menewaskan Francesca Corbett-Jennie Gai dari Amerika Syarikat, hari ini.
PIlihan utama itu mengawal rentak sejak awal permainan, sebelum memastikan kemenangan 21-15, 21-17 dalam tempoh 36 minit di Taipei Arena.
Menanti Pearly-Thinaah di final merupakan wakil Jepun, Sumire Nakade-Miyu Takahashi, yang menewaskan beregu Thailand, Hathaithip Mijad-Napapakorn Tungkasatan 18-21, 21-11, 21-16.