Malaysia sekali lagi menjadi tumpuan dunia menerusi medium sukan apabila siri jelajah Joola Titans 2026 secara rasminya mendapat pengiktirafan Guinness World Records apabila menganjurkan perlawanan pickleball tertinggi di dalam bangunan paling tertinggu di dunia yang berlangsung di Merdeka 118 pada Selasa.
Sejarah tersebut menyaksikan pertemuan epik daripada pasukan Andre Agassi menentang pemain nombor satu dunia, Ben Johns.
Advertisement
Objektif utama jelajah yang menghimpunkan 13 pemain bintang pickleball dunia itu untuk memahat sejarah dalam buku Guinness, sekali gus mempromosikan sukan itu di rantau Asia Tenggara (ASEAN).
Pertembungan dua kapten pasukan daripada era yang berbeza -- Ben Johns merupakan pemain paling berjaya yang mendominasi arena pickleball elit sejak sedekad yang lalu manakala, Andre Agassi yang beralih gelanggang daripada sukan tennis ke pickleball diangkat sebagai ikon pickleball global.
JOOLA TITANS TOUR 2026 :
Aksi pickleball tertinggi dunia terima pengiktirafan Guinness World Records di Merdeka 118.
@ASTROARENA pic.twitter.com/qAI3Z4L15Y— karlnunis (@_karlnunis) April 7, 2026
Aksi berlangsung sengit melibatkan format beregu lelaki, beregu wanita serta berpasukan campuran yang akhirnya menyaksikan kedua-dua pasukan terikat 2-2 dan terpaksa ditentukan dalam perlawanan penentuan terakhir.
Di sinilah drama perebutan kejuaraan bermula apabila format perseorangan menggambil tempat — pada ketika setiap pemain dipilih secara rawak untuk beraksi dan pasukan yang berjaya mencapai 18 mata bakal dinobatkan sebagai juara.
Setiap dua mata, pasukan Agassi dan Ben Johns menukar pemain taruhan — kedudukan mata silih berganti, namun akhirnya -- kemenangan bersejarah jadi milik pasukan Agassi.