Skip to main content

Bola Sepak

TERKINI: Selepas 22 tahun, Arsenal sah juara EPL!

Arsenal

Arsenal akhirnya dinobatkan selaku juara Liga Perdana Inggeris (EPL) buat kali pertama sejak 22 tahun apabila Manchester City gagal meraih kemenangan ke atas Bournemouth sebentar tadi. 

Ia, sekali gus menamatkan penantian buat penyokong The Gunners yang menunggu sejak musim 2003/04 apabila akhirnya Mikel Arteta berjaya memecahkan kebuntuan tersebut pada musim ini. 

Anak buah Pep Guardiola yang gagal mencatatkan keputusan tiga mata penuh itu mengangkat peluang Arsenal untuk meraih trofi EPL selepas berhempas pulas untuk berada di kedudukan pertama liga yang menyaksikan mereka memadam rekod lebih dua dekad untuk bergelar juara. 

Selepas dikecewakan pada saat-saat terakhir musim lalu, kali ini Arsenal sah mengakhiri kemarau berpanjangan itu, sekali gus meletakkan nama mereka kembali selaku pemenang EPL. 

Must Watch Video