Skip to main content

Bola Sepak

Terseksa tak dapat bantu pasukan, Fergus Tierney mahu penyokong jadi azimat MFL Challenge Cup

Sabah

Penyerang Sabah, Fergus Tierney, mengakui situasi berada di bangku penonton ketika aksi final pertama MFL Challenge Cup menyemarakkan api perjuangannya kembali beraksi pada malam tadi.

"Saya rasa kami meraih banyak perkara positif dalam perlawanan ini walaupun terlalu bertahan dalam separuh masa kedua.

Advertisement

"Selangor sedang memburu slot ACL2 (Liga Juara-Juara Asia 2) jadi merekalah yang lebih tertekan, dan satu mata bagus untuk kami," katanya.

Pemain kelahiran Scotland itu muncul penyelamat The Rhinos apabila meledak jaringan persis gol ikonik bekas bintang bola sepak Wales, Gareth Bale, untuk mengikat Selangor 1-1 dalam pertemuan Liga Super di Stadium MBPJ itu.

Justeru, dia menagih sorakan padu di Stadium Likas, Ahad depan bagi melonjakkan semangat juang barisan kendalian Juan Torres itu bagi mengesahkan kejuaraan MFL Challenge Cup tatkala terikat dengan agregat 1-1.

 

 

 

"Saya berada di bangku penonton ketika perlawanan pertama bertemu Penang dan sangat tertekan kerana tidak dapat membantu pasukan.

"Saya gembira dapat beraksi semula dan berpuas hati dengan aksi hari ini.

"Penyokong Penang turun beramai-ramai tempoh hari dan saya harap penyokong Sabah dapat buat yang lebih baik, penuhkan stadium dan sokong kami. Kami memang memerlukan sokongan mereka," katanya.

 

Must Watch Video