Skip to main content

Sukan Lain

Usaha sama YAKEB-PEKEMA pelihara bekas atlet

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

Nadi

Berbaki dua hari lagi sebelum menyambut bulan puasa 2026, Astro Arena meneruskan kerjasama dengan Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (YAKEB) bagi meringankan beban bekas atlet yang memerlukan.

Projek Ramadan tahun ini lebih istimewa apabila Persatuan Pengimport Dan Peniaga Kenderaan Melayu Malaysia (PEKEMA) turut membantu menjayakan misi tersebut, sekali gus menghargai segala perjuangan bekas atlet yang telah mengharumkan nama negara suatu ketika dahulu.

Advertisement

Pengerusi YAKEB, Datuk Ahmad Shapawi Ismail, menjelaskan kelainan Projek Ramadan kali ini dengan penglibatan PEKEMA dalam segmen Tetamu Khas Nadi Arena, semalam.

"Alhamdulillah. Tahun ini kita melangkah lebih jauh.

"Kami melawati bekas-bekas atlet yang berada di luar Lembah Klang.

"Kami mengunjungi mereka bagi menyampaikan sumbangan," katanya.

Bagi PEKEMA menerusi naib presidennya, Raja Petra Marudin Raja Nordin, berbangga dapat berganding bahu dalam program mulia ini.

"PEKEMA berbesar hati kerana dapat turut serta dalam program ini.

"Bagi kami, ini adalah tanggungjawab sosial sebagai sebuah komuniti dan persatuan yang berkongsi seramai 400 ahli seluruh Malaysia.

"Kami bukan setakat berdagang sahaja.

"Kami juga menyumbang kembali daripada sudut pembangunan dan kesejahteraan masyarakat.

"Ini mengukuhkan imej kami supaya lebih dikenali dan dekat dengan masyarakat," katanya. 

Must Watch Video