Skip to main content

Bola Sepak

Usaha terakhir TMJ buat JDT?

JDT

Apakah yang dimaksudkan oleh Tunku Ismail Sultan Ibrahim?

Pemilik Johor Darul Ta'zim (JDT) itu memberi bayangan terhadap sumbangan terakhirnya bersama juara Liga Super 12 kali berturut-turut itu.

Selepas Pusat Latihan Padang Seri Gelam, Harimau Selatan dalam fasa membangunkan satu lagi pusat latihan baharu berdekat Stadium Sultan Ibrahim (SSI) dilengkapi fasiliti moden, gabungan elemen sains sukan, kawasan rehabilitasi, gimnasium serta penginapan pemain.

Ia, mampu menempatkan semua lapisan skuad JDT bermula daripada akademi hingga pasukan utama.

Difahamkan, projek tersebut akan mengambil masa hingga tiga tahun untuk disiapkan.

“SSI akan dinaik taraf dengan wajah baharu, Stadium Larkin juga akan dinaik taraf sepenuhnya.”

“Pusat latihan baharu ini adalah sumbangan terakhir saya buat JDT.”

“Ia akan menjadi antara yang terbaik di dunia dan anda boleh berbangga sebagai penyokong Johor,” kata baginda.

Must Watch Video