Skip to main content

Bola Sepak

TERKINI! Selangor sah tandatangani bintang Star City, Eduardo Sosa

TERKINI! Selangor sah tandatangani bintang Star City,  Eduardo Sosa

Selangor terus memperkukuhkan skuad bagi menghadapi musim 2026/27 apabila mengesahkan ketibaan pemain tengah Venezuela, Eduardo Sosa.

Pemain berusia 30 tahun itu hadir dengan reputasi sebagai antara perancang tengah paling kreatif di Liga Malaysia selepas mempamerkan aksi cemerlang bersama Star City (dikenali sebagai Imigresen FC) musim lalu.

Sosa meledak 11 gol dan mencipta empat bantuan jaringan, sekali gus muncul antara pemain import paling menyerlah dalam saingan domestik.

Kehadirannya dijangka menambah dimensi baharu kepada jentera tengah Gergasi Merah menerusi kreativiti, kawalan permainan dan kebolehan menghasilkan hantaran yang mampu memecahkan benteng pertahanan lawan.

Sebelum berhijrah ke Malaysia, Sosa turut memiliki pengalaman beraksi di Amerika Syarikat bersama Columbus Crew, selain merasai saingan berprestij Copa Libertadores, menjadikannya pemain yang sudah biasa beraksi di pentas kompetitif.

Dikenali dengan visi permainan yang tinggi, kemampuan mengekalkan penguasaan bola serta etika kerja yang konsisten, Sosa dijangka menjadi watak penting dalam sistem permainan Selangor musim ini.

Penyokong Red Giants pastinya mengharapkan sentuhan pemain kelahiran Venezuela itu mampu membantu Selangor kembali mencabar kejuaraan domestik, selain memperkukuhkan cabaran kelab di pentas Asia pada musim baharu.

Anda mungkin berminat dengan

adidas Football Argentina 26 Away Jersey Men Black JM8395

adidas Football Argentina 26 Away Jersey Men Black JM8395

adidas Football Argentina 26 Home Pre Match Jersey Men White JY9530

adidas Football Argentina 26 Home Pre Match Jersey Men White JY9530

[NEW] PUMA Portugal Away Jersey Men

[NEW] PUMA Portugal Away Jersey Men

adidas Football Germany 26 Home Pre Match Jersey Men Black JZ4577

adidas Football Germany 26 Home Pre Match Jersey Men Black JZ4577

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

Must Watch Video