Skip to main content

Bola Sepak

Piala Dunia 2026: Fantasi Jepun berakhir, Brazil terus menari samba

Brazil

Brazil menepati ramalan melangkah ke pusingan 16 terbaik selepas menewaskan Jepun 2-1 dalam di Houston sebentar tadi.

Negara Matahari Terbit itu turun dengan lima pertahanan memastikan berjaya menyerap tekanan juara lima kali itu, selain tenang mematahkan serangan daripada ancaman berbahaya. 

Momen berharga buat gergasi Asia itu tiba apabila Kaishu Sano membuka tirai jaringan dengan gerakan daripada bahagian tengah hasil memintas hantaran Brazil, sebelum membuat larian solo dan melepaskan rembatan leret untuk Jepun mendahului 1-0 pada separuh masa pertama. 

Skuad kendalian Carlo Ancelotti bermula garang pada babak kedua dengan terus mengasak kubu Jepun. 

Masa yang di tunggu telah tiba buat Brazil tatkala tandukan emas bekas bintang Manchester United, Casemiro, menjadi penyelamat menyamakan kedudukan untuk mengimbangi semula aksi. 

Pasukan kelima dunia itu semakin bersemangat dengan mendominasi permainan mencari peluang untuk gol kedua.

Menuju minit akhir, tonggak berpengalaman Arsenal, Gabriel Martinelli, menjadi wira Brazil membawa pasukannya terus menjadi pilihan juara ke peringkat seterusnya. 

Dengan perubahan format menyaksikan rekod perjalanan Jepun hingga pusingan 16 terbaik terhenti pada peringkat 32.

Kini, hanya tinggal Australia selaku wakil tunggal Asia dalam kejohanan bola sepak paling berprestij itu. 

 

 

Anda mungkin berminat dengan

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

adidas Football Argentina 26 Home Pre Match Jersey Men White JY9530

adidas Football Argentina 26 Home Pre Match Jersey Men White JY9530

adidas Football Germany 26 Home Pre Match Jersey Men Black JZ4577

adidas Football Germany 26 Home Pre Match Jersey Men Black JZ4577

adidas Football Argentina 26 Away Jersey Men Black JM8395

adidas Football Argentina 26 Away Jersey Men Black JM8395

[NEW] PUMA Portugal Away Jersey Men

[NEW] PUMA Portugal Away Jersey Men

Must Watch Video