Jurulatih Czechia, Miroslav Koubek, meletakkan jawatan berkuat kuasa serta merta semalam selepas pasukan itu melalui persembahan buruk dalam Piala Dunia 2026 yang mencetuskan kritikan keras di kalangan peminat tempatan.
Koubek menyalahkan "kesilapan bodoh" dan keletihan akibat perjalanan yang panjang atas penyingkiran pasukannya dalam edisi kali ini selepas kekalahan 3-0 kepada tuan rumah, Mexico, dalam perlawanan terakhir menyebabkan mereka berada di tangga tercorot Kumpulan A dengan hanya satu mata diperoleh dalam keputusan seri dengan Afrika Selatan.
"Kempen media dengan beberapa perkara yang tidak benar dan banyak rekaan terhadap saya juga mempengaruhi keadaan," kata Koubek dalam satu kenyataan.
"Kerja saya untuk pasukan Czechia tidak lagi masuk akal."
Miroslav Koubek po vzájemné dohodě s vedením Fotbalové asociace České republiky opouští pozici hlavního trenéra české fotbalové reprezentace. 🇨🇿
Trenére, děkujeme, že jste nás po 20 letech dovedl zpět na mistrovství světa. 🏆🌍
➡️https://t.co/97XzypBrkC pic.twitter.com/X9VFpmmv6W— Česká fotbalová reprezentace (@ceskarepre_cz) June 29, 2026
Pengurus berusia 74 mengambil alih negara ke-48 dunia itu susulan kekalahan mengejut dalam kelayakan kepada Kepulauan Faroe dan membimbing Czechia mengharungi playoff untuk mara ke Piala Dunia buat kali pertama sejak 2006.
Bagaimanapun, jurulatih veteran itu dikritik dengan pendekatan untuk menerapkan sistem bertahan termasuk tidak menyenaraikan bintang sensasi, Patrik Schick, untuk perlawanan kritikal menentang Mexico yang berakhir dengan kekalahan 3-0.