Skip to main content

Bola Sepak

EPL: Chelsea kian hampir lengkapkan perpindahan Lavia, Olise

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

romeo-lavia.jpg
Chelsea bersetuju untuk mengeluarkan perbelanjaan £53.5 juta (RM315.26 juta) untuk menandatangani Romeo Lavia daripada Southampton, demikian dilaporkan agensi berita PA.

Pemain tengah itu memaklumkan kepada kelabnya bahawa dia memilih untuk berpindah ke Stamford Bridge berbanding Liverpool, yang turut mengemukakan bidaan sama buatnya, dan perkembangan terbaru mendapati Southampton telah bersetuju dengan tawaran yang diberikan kelab London berkenaan.

Lavia akan menjalani ujian perubatan dalam masa terdekat dan menjadi pemain kelapan ditandatangani Chelsea musim panas ini.

Dia melakukan 29 penampilan dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) musim lalu selepas menyertai The Saints daripada Manchester City musim panas lalu.

PA turut difahamkan bahawa The Blues juga sudah mencapai kesepakatan dengan Crystal Palace membabitkan perbelanjaan £35 juta (RM206.24 juta) bagi mendapatkan pemain skuad B-21 Perancis, Michael Olise.
 

Advertisement

Must Watch Video