Skip to main content

Bola Tampar

Indonesia cipta sejarah bergelar juara Piala Asia tumbangkan Korea Selatan

voli indonesia

Indonesia melakar sejarah sebagai juara Piala Bola Tampar Lelaki Asia AVC 2026 di Ahmedabad, India, apabila meraih pingat emas pertama mereka selepas menewaskan Korea Selatan 3-0 (34-32, 25-16, 25-23) di pentas final sebentar tadi.

Ia sekali gus melonjakkan ranking dunia FIVB mereka dari tangga ke-52 ke tangga ke-43 dunia.

Sebelum itu, skuad Indonesia bangkit daripada kedudukan naib juara Kumpulan B untuk menewaskan pasukan tuan rumah, India, 3-2 dalam separuh akhir hasil sumbangan 26 mata daripada pemain muda, Boy Arnez Arabi, yang kemudiannya turut menjadi penjaring terbanyak aksi final dengan 17 mata.

Korea Selatan pula berpuas hati dengan perak pertama mereka selepas menewaskan juara bertahan Bahrain 3-1 di peringkat separuh akhir menerusi 26 mata daripada Shin Hojin.

India menggembirakan 2,500 penyokong tempatan untuk meraih gangsa sulung selepas menewaskan Bahrain 3-1.

Kekalahan itu menyaksikan juara bertahan, Bahrain, sekadar menamatkan saingan di tempat keempat, dikuti oleh Kazakhstan, Thailand, Qatar, Taipei Cina, Oman, New Zealand, dan yang terakhir, Australia, di kedudukan ke-11.

 

Anda mungkin berminat dengan

adidas Football Argentina 26 Home Pre Match Jersey Men White JY9530

adidas Football Argentina 26 Home Pre Match Jersey Men White JY9530

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

adidas Football Germany 26 Home Pre Match Jersey Men Black JZ4577

adidas Football Germany 26 Home Pre Match Jersey Men Black JZ4577

adidas Football Argentina 26 Away Jersey Men Black JM8395

adidas Football Argentina 26 Away Jersey Men Black JM8395

[NEW] PUMA Portugal Away Jersey Men

[NEW] PUMA Portugal Away Jersey Men

Must Watch Video