Dakwaan keras mengatur keputusan antara perlawanan Kumpulan J, Algeria dan Austria.
Media sosial mula hangat dengan peminat berang tentang keputusan masa penuh membabitkan kedua-dua pasukan seperti sudah ditetapkan dari awal sehingga mempengaruhi kelayakan Korea Selatan dan Iran ke pusingan seterusnya.
Kontroversi bermula apabila Riyah Mahrez menjaringkan gol pada minit ke-93, sebelum Austria menyamakan kedudukan 3-3 pada minit ke-96.
Dua gergasi Asia itu terpaksa berputih mata pulang awal ekoran tidak berjaya menduduki tempat ketiga terbaik untuk ke peringkat kalah mati.
كوريا الجنوبية 🇰🇷 وإيران يتقدمان بشكوى رسمية إلى الفيفا للتحقيق في مباراة النمسا والجزائر 🇩🇿 وشبهات التلاعب التي حدثت خلالها.#فضيحة_المونديال pic.twitter.com/fw424jDtmI
— بنت الأطلس 🇲🇦🇨🇭🇲🇦🇨🇭 (@nidonado321) June 28, 2026
Tidak dinafikan bahawa Korea Selatan dan Iran juga mensia-siakan peluang sewaktu dalam perebutan kumpulan masing-masing, dan peratusan mahupun nasib bergantung kepada aksi lain tidah wajar menjadi pertaruhan.
Spekulasi protes masih di peringkat khabar angin dan tiada kenyataan rasmi daripada mana-mana pihak setakat ini, mahupun Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).