“Enam tahun tidak beraya bersama keluarga."
Itu pengorbanan sejati yang dilalui bintang masa hadapan skuad berbasikal trek negara, Ridwan Sahrom, demi mengakhiri kemarau kilauan pingat emas dalam Kejohanan Trek Asia (ACC) di Manila, Filipina, bulan depan.
Advertisement
ACC 2026 di Manila menjadi kesempatan utamanya mengecapi impian emas peribadi memandangkan belum pernah meraih emas dalam kejohanan berprestij Asia itu.
Ridwan melepasi fasa saingan remaja dengan jayanya dan kini memegang status atlet masa hadapan negara.
Atas dasar itu, dia sedia berguru dengan dua idolanya ketika dalam kem latihan pusat skuad berbasikal trek negara di Melbourne, Australia. minggu hadapan.
"Ia bagus. Saya tidak mahu terlalu lamam duduk dalam zon selesa.
"Saya meletakkan sasaran memenangi acara individu ACC, harap tiada masalah untuk saya melakukan pecutan.
"Saya banyak berkomunikasi dengan jurulatih dan Shah Firdaus untuk perlumbaan, termasuk Datuk Azizulhasni Awang.
"Saya pernah memenangi acara berpasukan pecut tapi kali ini saya hadir dengan sasaran dalam acara individu.
"Saya ini tiada masalah untuk saya memberikan komitmen," katanya di Velodrom Nasional Malaysia, Nilai, hari ini.
Sementara itu, demi tuntutan emas dalam ACC, Ridwan sedia mengorban perayaan Aidilfitri tahun ini memandangkan saingan edisi kali ini berlangsung ketika Hari Raya.
Senario itu sudah menjadi asam garam pengorbanan sejati atlet negara, tetapi Ridwan serius untuk memahat namanya dalam sejarah ACC.
"Saya sudah bersiap sedia, tiada masalah untuk saya Berhari Raya di luar negara.
Keluarga pun sudah faham walaupun sedikit sedih.
"Tapi kali ini saya memasang tekad menjuarai dalam ACC.
"Ia boleh menjadi pembuka semangat untuk saya pergi lebih jauh," katanya.