Skip to main content

Badminton

BAC: Kem badminton lelaki negara mudah atasi cabaran Myanmar 5-0

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

bam

Kem berpasukan badminton lelaki negara menewaskan Myanmar 5-0 dalam perlawanan peringkat Kumpulan D, Kejohanan Badminton Asia (BAC) di Qingdao di Gimnasium Qingdao Conson, China, sebentar tadi.

Perseorangan lelaki negara, Justin Hoh, menyumbangkan mata pertama selepas menewaskan Hein Htut, 21-18,21-19, dalam tempoh 48 minit, sebelum Eogene Ewe menewaskan Nyan Shaine Lin, 21-10,21-14 mata kedua negara.

Advertisement

 

 

 

Kong Wei Xiang yang turun selaku perseorangan lelaki ketiga negara, Kong Wei Xiang, pula tidak berdepan masalah menyumbangkan mata kemenangan negara, 21-11,21-11, dalam tempoh 31 minit apabila menewaskan Lal Zuidika.

Dua beregu lelaki negara dibarisi Aaron Tai-Yap Roy King dan gandingan Choong Hon Jian-Haikal Nazri pulan turun dalam aksi ketiga dan keempat melengkapkan kemenangan bersih 5-0 buat negara.

Must Watch Video