SELANGOR 2 NAM DINH 1
Tergambar kelegaan seperti yang didambakan ketua jurulatih Selangor, Kim Pan-gon, sebaik wisel penamat ditiupkan untuk bekalan tipis 2-1 ke atas Nam Dinh, sebentar tadi.
Advertisement
Disiplin permainan tuan rumah di Stadium MBPJ dalam pertembungan separuh akhir pertama Kejuaraan Kelab-Kelab ASEAN (ACC) Piala Shopee bertemu kelab Vietnam itu menawarkan sedikit ruang kelegaan buat mereka sebelum bertandang ke tempat lawan minggu depan.
Chrigor Moraes terbukti merupakan watak penting untuk Gergasi Merah menerusi jaringan klinikal bergandanya -- gol ke-36 musim ini -- yang ditemui dalam setiap babak, biarpun Nam Dinh berkesempatan mengikat kedudukan 1-1 dalam babak pertama.
"Kami sentiasa berbincang sebelum perlawanan dan membuktikan di atas padang. Jadi saya sangat gembira.
"Saya gembira dapat bermain dengan semua pemain. Kami adalah pasukan yang mantap sekiranya kami bersatu sebagai sebuah pasukan," kata pemain import dari Brazil itu.
