Skip to main content

Bola Sepak

Piala Dunia 2026: Penuh drama! Austria, Algeria ikut jejak langkah Argentina ke pusingan kalah mati

a

Austria dan Algeria mengikut jejak langkah Argentina melangkah ke pusingan kalah mati Piala Dunia 2026 sebagai wakil daripada Kumpulan J sebentar tadi. 

Argentina tidak berdepan masalah menewaskan Jordan 3-1 hasil jaringan Giovani Lo Celso, Lautaro Martinez dan Lionel Messi, sementara jaringan tunggal Jordan hadir menerusi Musa Al-Tamari. 

Dalam satu lagi aksi di Stadium Kansas City menyaksikan Algeria terikat 3-3 berdepan Austria. 

 

 

 

Gol Algeria menerusi jaringan Rafik Belghali dan Riyad Mahrez, manakala Marko Arnautovic dan Marcel Sabitzer buat Austria meletakkan kedudukan terikat 2-2. 

Namun, drama waktu kecederaan menyaksikan Mahrez meledak gol ketiga Algeria dan hampir menutup peluang Austria untuk mara ke pusingan 32, namun tandukan Sasa Kalajdzic kembali menghidupkan peluang mereka ke pusingan kalah mati dengan kedudukan terikat 3-3.

Austria dan Ageria berkongsi empat mata dalam kempen Kumpulan J selepas melakar satu kemenangan, satu seri dan satu kalah.

Keputusan itu secara tidak langsung menyaksikan Iran tersingkir secara rasmi sebagai pasukan yang mengumpul tiga mata terbaik dalam saingan peringkat kumpulan.

 

 

 

 

 

Anda mungkin berminat dengan

[NEW] PUMA Portugal Away Jersey Men

[NEW] PUMA Portugal Away Jersey Men

adidas Football Argentina 26 Home Pre Match Jersey Men White JY9530

adidas Football Argentina 26 Home Pre Match Jersey Men White JY9530

adidas Football Argentina 26 Away Jersey Men Black JM8395

adidas Football Argentina 26 Away Jersey Men Black JM8395

adidas Football Germany 26 Home Pre Match Jersey Men Black JZ4577

adidas Football Germany 26 Home Pre Match Jersey Men Black JZ4577

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

Must Watch Video