Skip to main content

Bola Sepak

ACC Shopee Cup: Pertembungan awal Xuan Son bertemu 3 pemain warisan Harimau Malaya

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

ACC

Tak perlu tunggu pentas antarabangsa!

Johor Darul Ta'zim (JDT) akan turun dalam perlawanan terakhir Kumpulan B, Kejohanan Kelab ASEAN (ACC) Piala Shopee 2025/26 berdepan kelab Vietnam, Nam Dinh, di Stadium Thien Truong, esok.

Advertisement

Mencuri tumpuan ketika ini adalah pemain naturalisasi Vietnam, Nguyen Xuan Son yang pernah menyuarakan hasrat mahu membalas dendam kekalahan 4-0 kepada Malaysia dalam perlawanan Kelayakan Piala Asia, Jun lalu.

Namun, peluang itu datang lebih awal apabila penjaring terbanyak Piala ASEAN Mitsubishi Electric 2024 (AMEC) akan berdepan tiga tonggak utama Harimau Selatan iaitu Hector Hevel, Joao Figueiredo dan Jon Irazabal.

Ketiga-tiga pemain berkenaan digantung oleh Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) atas dakwaan pemalsuan dokumen sejak September lalu.

Bagaimanapun, dengan Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) menangguhkan hukuman itu baru-baru ini, ketiga-tiga mereka kini dapat kembali mewakili Harimau Selatan.

Must Watch Video