Johor mempamerkan kebangkitan yang cukup dramatik untuk menjuarai Kejohanan Ragbi Piala Agong Edisi Ke-42 di Stadium UiTM Shah Alam hari ini.
Kedua-dua pasukan melakar reputasi luar biasa dalam separuh akhir yang menyaksikan wakil Pantai Timur itu yang membenam cabaran juara bertahan, PDRM, sementara gergasi selatan itu bangkit mengatasi Kelantan.
Terengganu bermula cemerlang menerusi pendahuluan meyakinkan 19-0 hasil tiga try dan dua conversion.
Bagimanapun, ia bukan pengakhiran buat pasukan "Merah Biru" yang mula menunjukkan taring untuk menjadikan kedudukan babak pertama berakhir 19-17.
Mereka menguasai babak kedua untuk memintas kelebihan lawan, seterusnya memegang kelebihan mata hasil tambahan dua try yang disumbang Sae Fa'a Lupega juga Aiman Hakeem Razali untuk meletakkan Johor di depan 31-26.
Dan meniti detik keramat sebelum Hohor dijulang pemenang rasmi, Aqasha Daniel Irwan menambah duka Terengganu dengan sepakan penalti yang memuktamadkan kejuaraan buat mereka hasil kemenangan mutlak 34-26.