Skip to main content

Bola Sepak

AJBC: Kisah hidup Lee Chong Wei tersemat dalam sanubari juara bertahan

j

Ini bukan satu kisah klise apabila dalam setiap kali penganjuran kejohanan badminton remaja, nama Datuk Lee Chong Wei seringkali dikaitkan sebagai inspirasi.

Tetapi tiada pemain lain dalam fikiran Wong Wei Shen untuk dijadikan aspirasi untuk berjaya di mata dunia selain legenda negara itu.

Advertisement

Sejak kecil, Wei Shen sudah diberi pendedahan kisah latar belakang kejayaan Chong Wei dan sejak pada itu, pemain berusia 15 tahun ini bertekad mengikut jejak langkah idolanya itu.

Terbaru, Wei Shen menepati ramalan muncul juara perseorangan B-15 pusingan kelayakan kedua selain muncul naib juara beregu lelaki untuk layak ke saingan grand final Kejohanan Badminton Remaja Alliaz (AJBC).

Wei Shen merupakan juara bertahan perseorangan grand final AJBC ketika berusia 14 tahun lalu dan berpeluang mempertahankan kejuarannya musim ini.

"Permainan rali Lee Chong Wei seronok untuk disaksikan.

"Dia seorang yang cukup berdisplin malah datang dari keluarga miskin dan perlu melakukan segala hal sendirian.

"Saya mahu mencontohi disiplinnya dan berharap dapat bertemu dengan idola saya ini pada satu hari nanti," katanya. 
 

Must Watch Video