Skip to main content

Badminton

Astro Kem Badminton: Putree Nadhira Adliana mahu jadi seperti An Se Young

Putree

Dengan mengidolakan An Se Young, Putree Nadhira Adliana, merupakan antara peserta yang menjadi tumpuan dalam sesi hari pertama Astro Kem Badminton (AKB) di Arena Sukan Kuala Lumpur Hari ini.

Peserta berusia 12 tahun itu mula mendapat manfaat daripada AKB menerusi penyertaan pertamanya dua tahun lalu.

Dia kini mampu mempamerkan corak permainan cantik dan diberikan peluang untuk mewakili Ampang Jaya BC.

"Saya menyertai AKB sejak berusia 10 tahun atas saranan rakan kepada bapa saya," katanya kepada wartawan Astro Arena, Faizal Bazari.

"Saya mahu menjadi seperti An Se Young kerana pergerakannya kemas dan pukulannya cantik.

"Kem ini bagus untuk peserta yang baru mahu belajar mengenai badminton."

 

Must Watch Video