Skip to main content

Berita Sukan Am

KBS beri jaminan bajet atlet ke Sukan Asia, Komanwel tidak terganggu

dr taufiq

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) memberi jaminan bajet persediaan atlet ke Sukan Asia dan Sukan Komanwel tidak terganggu.

Walaupun Malaysia turut terkena tempias dengan isu global, khususnya kenaikan harga bahan bakar, persediaan atlet negara tetap berjalan seperti direncanakan.

Menteri Belia dan Sukan, Dr. Mohammed Taufiq Johari, menegaskan pihak kementeriannya tidak akan sesekali menyulitkan rencana atlet negara, yang akan berjuang mengharumkan nama Malaysia di mata dunia.

"Langkah-langkah penjimatan memang dalam perbincangan," katanya kepada wartawan Astro Arena, Fina Nasrom, ketika ditemui dalam majlis pelancaran Hari Belia Negara, yang turut dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Penjimatan ini tidak hanya berkenaan program dalam negara tetapi yang lebih penting adalah bagaimana untuk kita mengurangkan kadar dan kos supaya penjimatan itu dapat digunakan ke arah lain.

"Tetapi yang lebih penting untuk ditekankan, penjimatan kos itu tidak melibatkan pengurangan kualiti persiapan atlet, keterlibatan dalam sukan dan kualiti sukan itu sendiri.

"Kami juga tidak mengurangkan sasaran pingat dan sebagainya, jadi ia lebih kepada hal-hal berkaitan perkara lain."

 

Must Watch Video