Pengorbanan ibu bapa yang sanggup datang dari jauh demi cita-cita anak jelas dipamer dalam Astro Kem Badminton (AKB) 2026 yang berlangsung di Miri, Sarawak, hari ini.
Peserta hadir bersama keluarga dari pelbagai daerah termasuk Sarikei, Kuching dan Lahad Datu bagi mencuba nasib dalam sesi pemilihan kali ini.
Advertisement
Antara yang mencuri perhatian ialah Uzair Hydar dari Lahad Datu yang kembali mencuba dan tidak pernah berputus asa mengejar impiannya dalam badminton.
"Tujuan saya untuk mencuba lagi untuk ke latihan pusat AKB dan saya yakin untuk terpilih ke Thailand.
"Impian saya adalah untuk menjadi pemain nombor satu dunia dan terus mencuba hingga berjaya.
"Terima kasih ayah atas pengorbanan yg dilakukan," katanya.
Menurut bapanya: "Dari Lahad Datu kena naik dua kali pesawat sebab kepuasan.
"Kami tak mahu rasa sesal dan kesal kenapa tidak mencuba."
Sesi pemilihan seterusnya akan berlangsung di Kuala Lumpur dengan harapan lebih ramai bakat muda dapat ditonjolkan menerusi astro kem badminton.