Skip to main content

Olahraga

Azeem Fahmi cipta sejarah baharu di NCAA!

Azeem Fahmi cipta sejarah baharu di NCAA!

Azeem Fahmi sekali lagi mencatat sejarah gemilang bagi atlet olahraga Malaysia apabila menyamai rekod kebangsaan 100 meter miliknya sendiri dengan catatan 10.09 saat dalam saringan tiga peringkat suku akhir Kelayakan NCAA sebentar tadi.

Catatan ini menutup mulut pengkritik yang sebelum ini meragui kemampuan Azeem selepas kali terakhir beliau mencapai 10.09s di Cali, Colombia pada 2022.

Prestasi konsisten ini membuktikan bahawa Azeem masih berada pada tahap elit.

Lebih manis, Azeem menjadi rakyat Malaysia pertama yang layak untuk beraksi di Grand Final NCAA bagi acara individu 100m, yang akan berlangsung bulan depan di Oregon, Amerika Syarikat.

Pencapaian ini bukan sahaja menandakan kejayaan peribadi, tetapi juga sejarah baru untuk olahraga Malaysia di pentas dunia.

Azeem kini menjadi simbol ketekunan, semangat juang, dan kecemerlangan atlet muda Malaysia, dan ramai peminat olahraga negara menantikan aksinya di peringkat akhir NCAA nanti.

 

Anda mungkin berminat dengan

Puma Male Classics Block Tee (PUMA Black-Hot Heat) 53561774

Puma Male Classics Block Tee (PUMA Black-Hot Heat) 53561774

adidas Unisex X Speedportal Messi.1 FG Outdoor Boot Football Shoe (GW8387) Sport Planet 55-03

adidas Unisex X Speedportal Messi.1 FG Outdoor Boot Football Shoe (GW8387) Sport Planet 55-03

JDT Roundneck Tiger Claw 1067 Red

JDT Roundneck Tiger Claw 1067 Red

Yonex Mens HY Ultra Mens Badminton Shoes (WHITE / BLACK) - Sports Direct

Yonex Mens HY Ultra Mens Badminton Shoes (WHITE / BLACK) - Sports Direct

adidas Football AFA ARGENTINA SHOE BAG Unisex Blue KE7102

adidas Football AFA ARGENTINA SHOE BAG Unisex Blue KE7102

Related Topics

Must Watch Video