Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) menjatuhkan hukuman sekatan perpindahan atau 'transfer ban' terhadap juara Liga Indonesia tiga musim berturut-turut iaitu Persib Bandung.
Perkara itu difahamkan susulan isu penamatan kontrak bekas pemain import Persib iaitu Daisuke Sato yang dilepaskan lebih awal pada pertengahan musim 2023/24 sehingga kes itu dibawa ke Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS), dan bukannya berkaitan isu tunggakan gaji.
Jadi, bukan tidak mampu bayar gaji atau dan lain sebagainya. Melainkan perkara pemutusan Daisuke Sato yang berdasarkan pengadilan arbitrase olahraga internasional, memutuskan Persib bersalah dan diharuskan membayar denda dan bunga pertahunnya kepada Daisuke.
Pada semangat banget… https://t.co/B3jXSjZEiv— Bandung Football (@bandungfootball) May 30, 2026
Perkara itu menyaksikan Persib dilarang membawa masuk pemain baru ke dalam pasukan sama ada pemain tempatan mahupun import.
Hukuman itu secara rasmi bermula 29 Mei 2026 sehingga 'until lifted', dimana hukuman itu akan berakhir sehingga FIFA sendiri menamatkan hukuman itu.
Sekiranya Persib tidak menyelesaikan masalah itu, kemungkinan skuad kendalian Igor Tolic itu tidak akan dapat mendaftar pemain baru menjelang musim baru saingan liga 2026/27 nanti.