Hakim Danish Ramli mengakhiri Sesi Kelayakan 2 di Litar Mugello, sebentar tadi, dengan menyambar petak kedua.
Pelumba Moto3 negara -- yang terbabit dengan kemalangan Sesi Latihan 1 Grand Prix Motosikal (MotoGP) Itali semalam itu -- ketinggalan 0.018 saat di belakang David Almansa yang mencatat 1 minit 54.862s.
Litar Mugello merupakan catatan terbaiknya dalam sesi kelayakan selepas meraih petak ketiga dalam MotoGP Brazil yang lalu, secara tidak langsung meningkatkan peluangnya menaiki podium buat julung kalinya.
Rakannya di kem AEON Credit-MT Helmets-MSi pula, Ryusei Yamanaka, akan bermula di petak ke-11.