Skip to main content

Badminton

Badminton: Bekas juara dunia, ranking nombor satu tergila-gilakan makanan Malaysia

Axelsen

Selepas bertahun-tahun datang ke Malaysia, juara Sukan Olimpik dua kali berturut-turut, Viktor Axelsen, memutuskan untuk memburu masakan Malaysia merangkumi sate dan kuetiau.

Ketika bergelar atlet sebelum ini, bekas ranking nombor satu dunia itu bertandang ke Malaysia bagi menyertai siri kejohanan, namun tidak dapat merasai pelbagai makanan tempatan.

“Rakan-rakan Malaysia, selama bertahun-tahun anda menghantar saya begitu banyak cadangan makanan tempatan.

"Sekarang masanya untuk mencuba. Malaysia Boleh!,” katanya di media sosial.

Bintang Denmark itu menampilkan makanan yang penuh di atas meja termasuk tiram, lobak, sup herba dan air kelapa.

Sepanjang kerjayanya, Axelsen sentiasa menjaga dirinya dengan baik dan itu termasuk mengekalkan pemakanan yang sihat.

Dedikasi itulah membolehkannya memenangi dua gelaran Masters Malaysia (2018 dan 2024) dan dua kejuaraan Terbuka Malaysia (2022 & 2023).

Namun sejak mengumumkan persaraannya pada bulan April, Axelsen menikmati masa lapang, dengan misi untuk mencuba syurga makanan seperti Malaysia.

Axelsen masih banyak terlibat dalam arena badminton sebagai duta dan mungkin berada di negara ini untuk beberapa acara berkaitan badminton.
 

Anda mungkin berminat dengan

adidas Football Germany 26 Home Pre Match Jersey Men Black JZ4577

adidas Football Germany 26 Home Pre Match Jersey Men Black JZ4577

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

adidas Football Argentina 26 Home Pre Match Jersey Men White JY9530

adidas Football Argentina 26 Home Pre Match Jersey Men White JY9530

[NEW] PUMA Portugal Away Jersey Men

[NEW] PUMA Portugal Away Jersey Men

adidas Football Argentina 26 Away Jersey Men Black JM8395

adidas Football Argentina 26 Away Jersey Men Black JM8395

Must Watch Video