Skip to main content

Badminton

Badminton: Dania Sofea mahu bangkit dari mimpi ngeri

dania sofea

Pemain beregu wanita muda negara, Dania Sofea Zaidi, tekad untuk bangkit lebih cemerlang selepas mengharungi detik sukar gara-gara kecederaan anterior cruciate ligament (ACL) yang hampir memaksanya bersara awal daripada sukan badminton.

Selepas hampir lapan bulan menjalani proses pemulihan, pemain berusia 18 tahun itu kini kembali menjalani latihan penuh di gelanggang.

Advertisement

Bagaimanapun, dia mengakui masih dalam proses untuk mengatasi trauma kecederaan yang pernah menghantuinya itu.

Menurut Dania Sofea, cabaran terbesar sepanjang tempoh pemulihan bukan sekadar melibatkan aspek fizikal, malah menuntut kekuatan mental yang tinggi untuk membina semula keyakinan diri sebelum kembali beraksi secara kompetitif.

Dania Sofea dijangka akan kembali menyertai kejohanan kompetitif pada Ogos ini bagi membuktikan statusnya selaku bakat muda berpotensi negara.

"Pemulihan agak bagus dan cepat, sudah hampir lapan bulan," katanya kepada wartawan Astro Arena, Zaki Zainal.

"Saya sudah kembali ke gelanggang untuk menjalani latihan penuh. Kalau ACL biasanya memang memerlukan setahun untuk kembali menyertai kejohanan."

 

Must Watch Video