Skip to main content

Badminton

Badminton: Jimmy Wong pasang hasrat rangkul gelaran sulung bersama Su Yin

dd

Pemain beregu campuran negara, Jimmy Wong, berharap kepulangannya ke pangkuan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mampu menghadirkan gelaran sulung yang sekian lama dia impikan.

Jimmy sebelum ini terlepas peluang menjulang kejuaraan apabila tewas dalam tujuh final sepanjang bergelar pemain profesional bersama Lai Pei Jing, termasuk muncul naib juara Terbuka Macau Super 300.

Advertisement

Menariknya, gandingan itu juga berjaya melonjak daripada ranking tanpa kedudukan sehingga ke tangga ke-23 dunia.

Kini, Jimmy bakal membuka lembaran baharu bersama pasangan baharu, Cheng Su Yin dalam Kejohanan Badminton Malaysia Masters 2026 yang akan berlangsung dari 19 hingga 24 Mei ini.

"Tangan saya pun masih belum pulih sepenuhnya, gandingan lama saya sudah senior, paling lama dua atau tiga tahun, dengan Su Yin lama lagi.

"Saya dengan Su Yin belum berpengalaman sangat, tetapi saya berkongsi dengan dia. Saya harap boleh dapat satu gelaran kerana sebelum ini tujuh final tetapi belum raih satu gelaran lagi," katanya.

Menurut Jimmy, kemudahan latihan lebih baik serta sistem sokongan yang lebih tersusun di BAM menjadi faktor utama keyakinannya untuk kembali mencabar dan memburu kejayaan bersama Su Yin.

"Memang membantu, fasiliti di BAM lebih baik." tambahnya.

Must Watch Video