Tiada kelibat pemain perseorangan profesional lelaki negara, Lee Zii Jia, dalam Kejohanan Badminton Dunia 2026 di New Delhi, India pada 17 hingga 23 Ogos depan berikutan kedudukan rankingnya ketika ini.
Hanya Leong Jun Hao dan Justin Hoh boleh mewakili negara dalam sektor tersebut kerana memiliki ranking lebih baik berbanding bekas juara Seluruh England 2021 itu.
Advertisement
Meskipun terdapat penarikan diri, Zii Jia tetap tidak berpeluang, malah Aidil Sholeh Ali Sadikin atau Eogene Ewe yang lebih berpotensi menggantikan slot tersebut.
Kemas kini oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF) menyaksikan Lee Zii Jia sekarang menduduki tangga ke-65 dunia selepas menonjolkan prestasi menakjubkan dalam kempen Piala Thomas baru-baru ini.
Untuk rekod, gandingan beregu campuran nombor satu negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei, muncul juara edisi lalu sementara Pearly Tan-M. Thinaah merangkul naib johan.
