Skip to main content

SUKMA

Beasley kecewa atlet terpaksa pilih Sukma, terlepas Berbasikal Trek Remaja Dunia

j

Pengarah Teknikal Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM), John Beasley, meluahkan kekecewaannya selepas tiga atlet sahaja dilepaskan persatuan negeri untuk menghadapi Kejohanan Berbasikal Trek Remaja Dunia di Belgium, bulan depan.

Masalah itu timbul apabila jadual Kejohanan Dunia berselisih dengan Sukan Malaysia (Sukma) Selangor, lantas Beasley berpendapat kepentingan negara sepatutnya diutamakan selain keadilan buat pelumba muda yang sudah bekerja keras untuk melayakkan diri ke kejohanan bertaraf antarabangsa itu.

Bagaimanapun, Beasley kini berharap pihak pengurusan dapat menilai kembali dan menaik taraf peraturan tentang pelepasan atlet yang melibatkan kepentingan negeri dan juga negara.

"Saya kecewa tapi (perkembangan) ini tidak mengejut apabila pelumba terpaksa untuk berlumba untuk negeri berbanding negara.

"Ia menjejaskan atlet yang telah bekerja keras demi (cita-cita) mewakili negera.

"Atlet telah bekerja keras dalam program kebangsaan untuk sekian lama tetapi tidak dapat mewakili negara.

"Ini agak menyedihkan memandangkan ini kesempatan terakhir mereka dalam Kejohanan Remaja Dunia.

"Kami cuba memahami perspektif (mereka) tapi sebaliknya buat perspektif atlet.

"Selagi pihak persekutuan tidak memperbaiki peraturannya secara rasmi, perkara sebegini pastinya akan berulang lagi," katanya. 
 

Anda mungkin berminat dengan

adidas Football Argentina 26 Home Pre Match Jersey Men White JY9530

adidas Football Argentina 26 Home Pre Match Jersey Men White JY9530

adidas Football Argentina 26 Away Jersey Men Black JM8395

adidas Football Argentina 26 Away Jersey Men Black JM8395

adidas Football Germany 26 Home Pre Match Jersey Men Black JZ4577

adidas Football Germany 26 Home Pre Match Jersey Men Black JZ4577

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

[NEW] PUMA Portugal Away Jersey Men

[NEW] PUMA Portugal Away Jersey Men

Must Watch Video