Skip to main content

Berbasikal

Berbasikal Trek Kebangsaan: Izzah Izzati pastikan Kedah kekalkan gelaran berpasukan wanita elit

k

The Pocket Rocketwomen, Nurul Izzah Izzati Asri, membantu Kedah untuk mempertahankan gelaran juara pecut berpasukan wanita elit Kejohanan Berbasikal Trek Kebangsaan buat kali kelima berturut-turut dengan catatan 50.912 saat.

Baginya, kejayaan kali ini berbeza apabila Kedah hanya mempunyai seorang sahaja pelumba kebangsaan berbanding pencabar utama lain seperti Delangor dan Pulau Pinang.

Fokusnya di Velodrom Nasional, Nilai, selepas ini terarah kepada acara individu yang akan bermula esok.

"Kami sedar ia satu tugas dan lega dengan keputusannya.

"Kami juga dalam usaha mengumpul mata untuk ke Kejohanan Dunia jadi saya perlu berikan fokus.

"Ini juga kali pertama saya akan menghadapi Nur Alyssa Mohd Farid jadi inilah detiknya saya perlu kerahkan kudrat lebih daripada 100 peratus," katanya.

 

Anda mungkin berminat dengan

adidas Football Argentina 26 Home Jersey Women White KA8125

adidas Football Argentina 26 Home Jersey Women White KA8125

adidas Football WORLD CUP OFFICIAL EMBLEM CAP Unisex Black KE7368

adidas Football WORLD CUP OFFICIAL EMBLEM CAP Unisex Black KE7368

Nike Men's Mercurial Vapor 17 Pro Firm-Ground Low-Top Soccer Cleats - Multi-Color [IO8225-900]

Nike Men's Mercurial Vapor 17 Pro Firm-Ground Low-Top Soccer Cleats - Multi-Color [IO8225-900]

New Balance 1000 - Grey

New Balance 1000 - Grey

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

Related Topics

Must Watch Video