Berpuasa bukan alasan untuk berhenti bersenam, cuma waktu dan intensiti senaman yang ingin dilakukan perlu lebih strategik. Secara umum, ada dua waktu paling sesuai untuk anda boleh cuba lakukan sepanjang Ramadan.
Pilihan pertama ialah 30–60 minit sebelum berbuka, sesuai untuk latihan ringan hingga sederhana. Kelebihannya, anda boleh terus makan dan minum sejurus selesai bersenam. Namun, elakkan intensiti terlalu tinggi kerana badan berada dalam keadaan kurang hidrasi.
Advertisement
Pilihan kedua ialah 1–2 jam selepas berbuka, yang dianggap paling ideal untuk sesi lebih intensif seperti gym atau larian. Ini kerana tenaga sudah kembali stabil, dan risiko pening atau badan berasa lemah lebih rendah berbanding sebelum berbuka.
Namun, jika anda hanya ada masa di siang hari dan ingin fokus kepada beribadah pada waktu malam, janganlah terus berhenti. Kurangkan intensiti senaman tersebut, contohnya jika sebelum ini anda melakukan aktikiti di gim selama 2 jam dan 80% intensiti, ketika ramadan boleh kurangkan kepada 1 jam dan 40% intensiti.
Apa pun pilihan waktu, kunci utamanya ialah dengar signal yang diberikan tubuh sendiri dan utamakan pemulihan. Ramadan bukan masa mengejar prestasi maksimum tetapi untuk kekal konsisten dan tgaya hidup sihat.