Sebagai seorang atlet bukan muslim yang sudah terbiasa dengan rutin rakan sepasukan yang berlatih ketika Ramadan, Pow Mei Foong juga tidak terkecuali meraikan bulan puasa yang hadir.
Pada awalnya ketika mahu berjinak dengan mencuba puasa buat pertama kali, dia hanya cuba untuk tidak makan tetapi tetap minum seperti biasa. Namun, selepas beberapa tahun melakukannya dengan konsisten, kini Mei Foong juga tiada masalah untuk berpuasa penuh seperti rakan sepasukan muslimnya walaupun ketika latihan.
Advertisement
Buatnya, ia sudah menjadi rutin wajib setiap kali Ramadan tiba. Tahun ini lebih meriah apabila perayaan Tahun Baru Cina jatuh selang beberapa hari saja sebelum Ramadan, jadi dia sempat menyambut Raya Cina bersama keluarga sebelum berpuasa ketika berlatih bersama Johor Jewels untuk kem latihan Februari ini.
Ketika ini, pasukan Johor Jewels sedang membuat persiapan bagi Netball Super League (NSL) yang akan berlangsung pada April ini dengan kem latihan yang diadakan di Johor selepas sesi pemilihan terakhir yang sudah berlangsung pada Januari lalu.