Skip to main content

Bola Sepak

Bintang Indonesia dibanjiri komen kecaman peminat sendiri

Diks

Bintang warisan Indonesia, Kevin Diks, menerima kritikan dalam masa sama pujian mengenai prestasinya menentang Bulgaria dalam perlawanan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) Serie di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta, Isnin lalu.

Ada yang mempersoal tentang peranannya. Ada yang kagum dengan permainannya.

Advertisement

Pendapat itu dikongsi menerusi ribuan komen di Instagramnya usai aksi tersebut menyaksikan Sang Garuda tewas kepada pasukan di ranking ke-86 dunia itu.

Persembahan Diks tidaklah seteruk yang disangka, cuma kurang bernasib baik untuk membantu tuan rumah menjuarai siri kejohanan antarabangsa itu.

Tonggak Borussia Monchengladbach itu merupakan pilihan utama John Herdman merencana serangan, selain pakar sepakan percuma, sepakan penjuru dan penalti.

Pemain kelahiran Belanda yang bermain di Bundesliga itu sudah mencatatkan 10 penampilan bersama Indonesia dengan menjaringkan dua gol. 

Must Watch Video