Bekas atlet boling padang nombor satu dunia, Nor Farah Ain Abdullah, meraih kemenangan pertama Kejohanan Boling Padang Jemputan 7 Negara 2026 selepas menewaskan wakil Northern Territory Australia, Colleen Orr.
Kemenangan ini menjadi titik kebangkitan penting buatnya apabila dia juga berhasrat untuk bangkit susulan pulih sepenuhnya daripada kecederaan yang dialaminya di penghujung musim 2025.
Advertisement
"Semalam tuah tidak memihak balingan saya.
"Hari ini saya tidak terlampau baling strategi, saya fokus kepada 'draw-in' sahaja dan agak sukar untuk konsisten berikutan kekangan latihan.
"Saya inginkan pencapaian dengan kemunculan semula ini berikutan pemulihan akibat kecederaan," katanya selepas akhir di Stadium Juara, Bukit Kiara, hari ini.