Kuala Lumpur (KL) Wildcats muncul tempat ketiga Netball Super League (NSL) 2026 selepas menewaskan Kedah Sunshine 60-39 dalam aksi penentuan tempat ketiga dan keempat di Stadium Juara, Bukit Kiara, sebentar tadi.
Tempoh lima minit pertama menyaksikan kedua-dua pasukan hanya terpisah satu mata apabila KL mendahului 4-3.
Advertisement
Namun, selepas separuh perjalanan suku pertama pula, Kedah mendahului buat kali pertama dengan 6-5, namun lima minit terakhir KL kembali bangkit untuk mendahului 11-7 dalam suku pertama.
Begitupun, memasuki suku kedua, KL Wildcats terus garang dan hanya mengambil masa lima minit pertama untuk melebarkan kedudukan kepada 18 berbalas 8.
Kedah cuba mengejar namun KL mampamerkan aksi lebih bertenaga untuk menutup suku kedua dengan jurang semakin besar.
Memasuki suku ketiga, KL Wildcats meneruskan momentum untuk terus mendahului 31-18 meskipun usaha Kedah cuba melakar kebangkitan untuk mengejar di super shot tetapi tidak berjaya.
KL Wildcats mengesahkan kedudukan NSL 2026 di tempat ketiga sekali gus melayakkan diri ke Regional Cup.