Skip to main content

Bola Jaring

CelcomDigi NSL: 'Tuah tidak memihak kami', Fariha puji komitmen Johor Jewels

CelcomDigi NSL: 'Tuah tidak memihak kami', Fariha puji komitmen Johor Jewels

Kapten Johor Jewels, Fariha Razak, memuji komitmen 100 peratus ditampilkan rakan sepasukannya untuk cuba mendapatkan kemenangan meskipun akhirnya terlepas peluang kembali mendakap piala kejuaraan yang dirampas musim lalu.

Setiap peluh di atas gelanggang mencerminkan usaha bersungguh-sungguh sebagai sebuah pasukan.

Advertisement

Prestasi konsisten sepanjang kempen berlangsung berjaya mengangkat pemain posisi center dan wing attack itu sebagai 'Pemain Paling Bernilai' (MVP) liga musim ini.

Presiden Persatuan Bola Jaring Malaysia (PJBM), Alwiyah Talib, meluahkan sekalung apresiasi buat semua pasukan yang bertanding musim ini.

Aksi kempen liga yang disifatkan penuh kejutan serta dipenuhi variasi corak permainan menyerlahkan warna-warni arena sukan bola jaring negara.

Menuju ke Regional Cup 14 hingga 17 Mei depan, Alwiyah yakin himpunan empat pasukan terbaik iaitu Terengganu Marvels, Johor Jewels, KL Wildcats serta wakil antarabangsa, Sneakers Singapore bakal menghidangkan persembahan lebih menarik untuk ditonton.
 

Topik Berkaitan

Must Watch Video