Skip to main content

Bola Sepak

CEO Selangor: KPG sudah mula rancang musim depan

Johan

Selangor terus memberi jaminan bahawa pasukan itu kekal serius dalam usaha memburu trofi sulung musim ini.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Dr. Johan Kamal Hamidon, menegaskan komitmen penuh kelab walaupun terlepas peluang ke pentas akhir Piala Malaysia dan Piala FA edisi kali ini.

Advertisement

Kini, fokus beralih ke saingan separuh akhir menentang kelab Vietnam, Nam Dinh, dalam Kejohanan Kelab ASEAN (ACC) Piala Shopee.

Jika berjaya melangkah ke final, Selangor berpotensi bertemu Johor Darul Ta’zim, sekiranya skuad Harimau Selatan itu mengatasi Buriram United.

Dalam masa sama, ketua jurulatih, Kim Pan-gon, terus diberi kepercayaan penuh untuk mengemudi pasukan ke arah kejayaan.

"Kami percya dengan keupayaan Kim Pan-gon.

"Semua pemegang taruh juga berpuas hati dengan prestasinya.

"Jadi, buat kami ia adalah proses yang baik.

"Kami masih berjuang dalam Piala Shopee.

"Kami juga masih memiliki tiga perlawanan Liga Super dan mensasarkan mata maksimum.

"Kim Pan-gon dan pasukannya sudah mula merancang untuk musim hadapan.

"Kontraknya bersifat jangka masa panjang," katanya.

Must Watch Video