Perlumbaan pusingan ketiga Petronas MAM Malaysian Cub Prix di Jempol hari ini menyaksikan Farres Putra daripada pasukan Petronas Sprinta Yamaha CKJ Racing membuktikan statusnya sebagai antara pelumba terbaik negara.
Dia tampil mendominasi sesi kelayakan kategori CP150 di Dataran Seri Jempol dengan merekodkan masa kedua terpantas, 46.492s, dalam sesi kelayakan kedua.
Terdahulu, dalam sesi kelayakan pertama, Farres mencatatkan masa terpantas 47.162s.
Dominasi itu bukan sahaja membuktikan penguasaannya di litar, malah menghantar isyarat jelas bahawa dia adalah calon utama untuk merangkul kejuaraan dalam pusingan kali ini.
Mampukah Farres menterjemahkan kecemerlangan dalam sesi kelayakan ini kepada penguasaan dalam sesi Superpole esok?
"Untuk sesi latihan tadi, saya agak bergelut, kami memulakannya dengan tanpa data tetapi pasukan bekerjasama mencari penalaan terbaik untuk mendapatkan keputusan terbaik dalam Q2," katanya kepada wartawan Astro Arena, Faizal Bazari.