Skip to main content

Advertisement

Bola Sepak

Dari Florida ke Jerman, Yan Diomande bakal gegar Eropah?

yan

Pemain sayap RB Leipzig, Yan Diomande, terus mencipta sensasi tersendiri apabila diangkat sebagai prospek muda Eropah yang bakal menyerlah dalam beberapa tahun akan datang.

Perkara itu susulan kelincahan pemain kelahiran Ivory Coast itu beraksi di atas padang dengan kini merekodkan 11 gol dan tujuh bantuan jaringan dalam musim sulungnya bersama skuad senior RB Leipzig dalam saingan Bundesliga.

Advertisement

Leipzig dilaporkan telah meletakkan tanda harga €100 million (RM459 juta) buat pemain berusia 19 tahun itu yang dibawa masuk daripada CD Leganes pada Julai lalu.

 

 

 

 

Untuk rekod, dalam dua aksi terakhir menyaksikan Diomande meledak ketika membantu kemenangan Leipzig menewaskan Augsburg dan Hamburg baru-baru ini.

Terdahulu, wartawan terkemuka sukan, Fabrizio Romano, turut berkongsikan Manchester United antara pasukan yang menunjukkan minat untuk mendapatkan khidmat Diomande selain Tottenham, Barcelona dan Paris Saint-Germain (PSG).

 

 

 

 

 

Must Watch Video