Syarikat pemegang hak komersial MotoGP, Dorna Sports, kini secara rasminya menukar nama korporat mereka kepada MotoGP Entertainment Sports SL.
Ia merupakan sebahagian strategi penjenamaan semula global dalam mengukuhkan lagi jenama pasaran mereka ketika ini.
Advertisement
Penjenamaan itu juga disifatkan sebagai penyelarasan identiti syarikat dengan jenama utama mereka, iaitu MotoGP yang sedang berkembang sebagai paltform perlumbaan dan juga sebagai platform hiburan dan sukan bertaraf dunia.
Walaupun nama berubah, struktur operasi serta peranan syarikat sebagai pemegang hak komersial MotoGP kekal sama, termasuk pengurusan hak siaran, promosi kejuaraan dan pembangunan ekosistem sukan permotoran global.