Skip to main content

Sukan Lain

Dr Say & Isteri ‘dating’ di HYROX Osaka

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

hyrox

Pernah dengar tak pepatah dalam bahasa Inggeris yang berbunyi “Couple who sweat together, stay together”— tepat menggambarkan pasangan suami isteri yang sado, Dr Say dan isterinya.

Bukan semua pasangan pilih tarikh makan malam atau percutian sebagai aktiviti bersama. Ada juga yang pilih untuk berpeluh, berpenat dan saling beri sokongan hingga ke garisan penamat. Itulah yang dilakukan oleh Dr Shazril atau lebih mesra dikenali sebagai Dr Say, dan isterinya apabila mencuri tumpuan untuk menjadi pasangan suami isteri terpantas dari Malaysia di HYROX Osaka. https://www.instagram.com/reel/DUMbB5ckhBp/?igsh=aDlwYTNrcTIwcGRj

Advertisement

HYROX bukan acara santai. Ia menuntut kombinasi kekuatan, ketahanan dan fokus, dengan setiap stesen menguji fizikal dan mental peserta. Melengkapkannya sebagai pasangan menjadikan cabaran ini lebih daripada sekadar perlumbaan, ia juga memberi maksud yang lakukan hobi aktif seperti ini tidak perlu bersendirian.

 

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

 

Selain itu, gaya hidup aktif boleh jadi sebahagian daripada hubungan. Dalam kesibukan kerja dan rutin harian, Dr Say dan isterinya membuktikan bahawa kesihatan masih boleh menjadi keutamaan bersama dan saya kira sangat memberi inspirasi kepada ramai pengikutnya di media sosial terutamanya untuk pasangan suami isteri yang mungkin sedang mencuba cari cabaran baru bersama.

Pastinya jika ada yang ingin atau sanggup lakukan perkara yang sukar seperti ini bersama kita, automatik akan jadi lebih semangat. Tidak perlu menang atau pun naik ke podium, tetapi, cukup dengan ada pasangan yang sanggup berlari di sebelah kita sampai habis.

Topik Berkaitan

Must Watch Video