Skip to main content

E-Sukan

Dream Stage inspirasi generasi baharu ke pentas dunia

mplmy dream stage

Di sebalik menentukan juara di Grand Final MPLMY Musim Ke-17, terselit satu tema yang betul betul melekat di hati saya, ‘Dream Stage’ yang diperkenalkan untuk menjadi simbol harapan dan impian.

Tema itu cukup dekat dengan landskap e-sukan yang semakin mendapat tempat dalam kalangan generasi muda. Dari musim ke musim, MPL Malaysia terus berkembang bukan sahaja dari aspek pertandingan, malah pengalaman yang ditawarkan kepada pemain dan peminat.

Keunikan Dream Stage turut terserlah menerusi susun atur pentas yang lebih gah serta pengumuman rasmi wakil-wakil Malaysia yang bakal membawa cabaran negara ke kejohanan antarabangsa seperti Sukan Asia di Jepun pada Oktober dan, MSC dan MWI di Esports World Cup (EWC) 2026 di Paris Julai depan. Ia menjadi peringatan bahawa pentas ini bukan sekadar destinasi, tetapi titik permulaan kepada impian yang lebih besar.

Suasana bertambah istimewa apabila Ella membuka tirai acara dengan beberapa lagu ikonik sebelum menutup persembahan menerusi lagu wajib Standing In The Eyes Of The World. Momen itu menjadi lebih bermakna apabila Jalur Gemilang dibawa masuk ke pentas utama, menyatukan semangat sukan, hiburan dan patriotisme di hadapan ribuan peminat.

Di sebalik persaingan sengit yang berlangsung, Dream Stage berjaya membawa mesej yang jelas — setiap pemain bermula dengan sebuah impian, dan hari ini, impian itu mampu membawa mereka dari pentas tempatan ke pentas dunia.

 

Anda mungkin berminat dengan

adidas Football Argentina 26 Home Pre Match Jersey Men White JY9530

adidas Football Argentina 26 Home Pre Match Jersey Men White JY9530

adidas Football Germany 26 Home Pre Match Jersey Men Black JZ4577

adidas Football Germany 26 Home Pre Match Jersey Men Black JZ4577

[NEW] PUMA Portugal Away Jersey Men

[NEW] PUMA Portugal Away Jersey Men

adidas Football Argentina 26 Away Jersey Men Black JM8395

adidas Football Argentina 26 Away Jersey Men Black JM8395

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

Must Watch Video